Thursday, May 13, 2010

PERCUTIAN SEMESTA 4

      Pada cuti kali ini, ana merancang untuk tidak balik ke kampung.Ana mahu menggunakan peluang ini untuk mencari diri ana yang sebenarnya.Sebagai manusia kita jangan terlalu ego merasa diri ini cukup sempurna dengan pentarbiyahan di kampus sahaja,ana masih merasakan kekurangannya.Kenapa proses itu tidak berlaku di negeri ana sendiri?Kerana ana mahu menjadi insan yang sentiasa berdikari dan mengenal erti kapayahan dan pengorbanan.Ya ,ana bukan seorang insan yang hadir dari latar belakang yang senang,insan yang sentiasa bahagia dengan kehidupannya kerana allah.Tidak sedikit pun dihati ini untuk meneguk kemewahan yang datang bergolek.Pada cuti minggu pertama,ana mula memikirkan bagaimana untuk membawa diri ini dan sedikit bekalan “tawakal” yang ada.Ana berserah kepada allah segalanya kehidupan ana di sini.Kebetulan seorang pensyarah memerlukan pertolongan untuk menyiapkan barang hantaran perkahwinannya,secara tidak langsung ana menerima pelawaan itu bersama sahabat yang lain dengan niat ikhlas untuk menolong dan aku berteduh di bawah atap seorang insan yang pernah mencurahkan ilmu itu kepadaku,ukhwah kami terbina secara drastik,sememangnya dia seorang insan berhati mulia dan penyayang,dia ibarat seorang kakak yang sentiasa mengambil berat terhadap adiknya.Selama 2 minggu di sana,saya juga dapat mengikuti satu program tasim solat yang dikendalikan olehnya.Kami dijadikan sebagai fasililator.Ana  juga gembira dapat memasak beberapa lauk di rumah insan yg baik hati ini,dan beliau menyukai masakan ana.Memasak perlu ada pada seorang pejuang,Berjuang perlu dilengkapi dengan semua perkara,bukan dengan kehebatan berkata2 sahaja.Seorang pejuang perlu ada semua kemahiran dari semua sudut.MUDAHKAH UNTUK MENJADI PEJUANG? Sesungguhnya,dengan kurniaan akal,fikirkanlah wahai sahabat…ana juga dapat tadarus al-quran dengan ustazah,ia menyeronokkan kerana ada juga perkara yang tidak kita jangka,kita akan tahu kesalahan2 yang masih ada semasa mentadarus.MUDAHKAH UNTUK MENJADI PEJUANG?.Selama tempoh itu,kami ada menduduki satu ujian MUET.Hmm…sedikit perkongsian,ada perkara melucukan semasa ana menghadiri ujian MUET.Masa mencari tempat no giliran,ana merasakan agak lama untuk menjumpainya,mungkin ada sahabiat yang lain perasan dengan gelagat ana itu.Malu bukan kepalang,sedangkan yang lain sudah mempunyai tempat duduk masing2,ana masih mencari tempat duduk yang dikhaskan untuk ana tidak dijumpai,ana pernah terfikir mengapa sahabiat yang lain tidak menolong semasa ana menghadapi dugaan itu?ALLAH MAHA HEBAT DENGAN UJIANNYA…fikir ana kemudiannya…banyak petunjuk yang diberikan oleh pengawas peperiksaan adalah salah,ana dapat menenangkan diri ini,akhirnya allah mengasihani kedhaifan ini dengan menggerakkan hati seorang pengawas banin yang menampakkan usia pertengahannya menolong ana mencarikan tempat duduk.Alhamdulillah…hati ini bersyukur….Selepas menduduki ujian itu .Ana dan sahabat yang lain merasa lepas dan lega dengan jerat kegemuruhan itu.Pada hari berikutnya,seorang sahabat perjuangan ana mahu mengundur diri dari perteduhan pensyarah kami,dan ana merasakan terkilan kerana apa yang dirancang,allahlah yang menentukan sebaliknya…batin ini mahu menangis kerana dia diperlukan untuk berhidmat di johor sebagai “mualimah” sementara.Tinggallah ana dan seorang sahabat lagi.Ana mula merancang untuk membawa diri ke tempat lain,sebelum itu kami mendapat panggilan untuk menziarah seorang mujahidah iaitu teman perjuangan kepada k.mas(ketua nisa’kami) yang selamat berjuang melahirkan 2 bakal serikandi perjuangan yang bakal berstatuskan pejuang mujahidah.Kemudian kami dipanggil untuk mengamanahkan satu tanggungjawab menyelamatkan satu kawasan yang mempunyai ummat yg masih tercicir melalui simulasi PRU DI MARAN.Alhamdulillah dapat juga Berjaya melaksanakan tanggungjawab itu Selepas itu kami dipelawa oleh kak mas untuk berteduh di singgahsananya yang sederhana kepada kami.Alhamdulillah dengan bekalan yang segan dan bersukur,kami menerimanya.Kak mas seorang insan yang paling lama menempuhi dan mengenal erti perjuangan.Kami menghormati jasa beliau kepada kami dan para sahabat yang lain.Beliau seorang insan yang masih lagi berperang dengan dunia ujian dan ana berbangga sebaliknya masih lagi mengukir senyuman dan mampu berbicara petah dan bermakna.Di singgahsananya,kami disambut baik oleh keluarganya.Ana merasa bersalah,beliau seorang yang mengambil berat dengan kehidupan manusia seperti kami,sisa2 perjuangan beliau masih lagi berkekalan dan diaplikasikan walaupun sudah mempunyai beberapa tanggungjawab sebagai mualimah,muslimah & kakak dan mantan segala jawatan.Ana merasa kerdil dan banyak perkara yang perlu dipelajari olehnya,ana kagum dengan kehidupannya di samping membawa platform Nisa' kemana saja.3 minggu di singgahsananya,ana dapat melaksanakan tanggungjawab membantu mengedalikan program pesona iaitu satu pendekatan mendekati remaja2&ummat2 yang masih samar dalam dunia hiburan.Program ini menyelamatkan mereka dari hiburan yang melalikan kea rah hiburan yang mengingatkan mereka kepada pencipta dan memupuk roh2 islam dalam diri mereka.Persona ini dapat kami kendalikan dalam 2 program iaitu persona peringkat kawasan dan negeri.Kami juga mengikuti sebagai rombongan alumni untuk program tamrin qiadi bagi UITM jengka.Kak mas sebagai alumni lama yang memantau keadaan generasi baru.Di situ ana terfikir dan banyak juga perkara yang perlu ana ambil setiap slot cara mengendalikannya untuk program kampus kami masa akan datang.INSYAALLH…Banyak perkara yang diperbincangkan oleh ana & kak mas dan ia satu pengajaran buat ana dan ia mengingatkan ana masalah2 yang ada dan perkara yang perlu dibaiki supaya generasi baru tidak tercicir dalam perjuangan mereka kerana hasil tarbiyah dari alumni yang salah konsep dan tidak memahamkan kepada mereka dengan sewajarnya.Selama 3 minggu di singgahsana sederhana itu,sedikit sebanyak ilmu2 dapat ana ambil dan ana akan menyusul di bumi serambi mekah pada hari berikutnya di tempat kelahiran ana sendiri.Doakan perjalanan kehidupan ana kesana untuk menghabiskan sisa2 cuti semester dalam 1 bulan lagi.INSYAALLAH….Di sana ana akan bersama dengan keluarga tercinta yang sudah hampir 6 bulan ana tinggalkan.Tunggu coretan ana seterusnya dalam blog “perjuanganmujahidahtimur” INSYAALLAH…TAKBIR!!!!! 3X...ILALLIQA’.