Tuesday, April 20, 2010

Membina Generasi Bertamadun

Salam perjuangan kepada sahabat sekalian,kali ini ana mahu menyentuh soal "ketamadunan".Berbicara tentang tamadun mestilah bermula dengan menitik beratkan soal asas yang membina tamadun itu sendiri.Kegemilangan tamadun didasari ajaran melalui "kalamullah" iaitu al-quran (Iqra'-Bacalah) adalah seruan pertama yang disampaikan oleh allah melalui perantaraan jibril kepada Muhammad S.a.w.Membaca juga banyak membuka pintu kegelapan,tetapi bagaimanakah sikap yang harus dibawa ketika membaca?


GENERASI TERDAHULU   

Semasa pemerintahan khalifah Al-Makmun beliau pernah bertanyakan kepada seorang ilmuwan (ilmu sains) pada zamannya "berapa banyakkah keluasan bumi yang berada dibawah pemerintahan beliau? dengan kata lain berapa luaskah sebenar dunia ini? Pertanyaan ini dituju kerana mengetahui beberapa golongan yang sudah mnerima dakwah islam.Al-quran telah membentuk jiwa khalifah islam terhadap penguasaan ilmu.Bagaimana al-quran membawa manusia kepada persoalan berfikir dengan menyediakan alat terbaik untuk berfikir melaui kenapa?,mengapa?.

SERUAN KEPADA KERAJAAN!!! 

Jika mahu menceritakan semua tentang ketinggian tamadun islam,bagaimana ia membentuk manusia berilmuu lagi bertamadun.Artikel seringkas tidaklah memadai,tetapi cukuplah bagi membentuk asas berfikir kepada kerajaan,bahawa pemaksaan terhadap isu bahasa sangat membawa implikasi yang besar terhadap rakyat.Saya tidak  memandang rendah terhadap rakyat malaysia,tetapi sebagai manusia,sebuah kerajaan perlu meraikan majoriti golongan rakyatnya,bukannya untuk segelintir golongan tertentu.Rugilah kiranya kita membunuh jiwa yang bersih ini dalam menggapai ilmu denagn membiarkan mereka terus kecewa dengan kegagalan yang dinamakan bahasa inggeris ini.







Monday, April 19, 2010

Pendidikan Seks Bukan Pencegah Maksiat

Salam perjuangan kepada sahabiat sekalian,di sini ana mahu kongsi satu pernyataan untuk pemikiran kita secara bersama.Suka ana mengulas tentang "pendidikan seks" yang makin hangat diperkatakan adalah satu jalan penyelesaian.Apa yang lebih perlu diberi perhatian ialah pendidikan agama islam atau pendidikan moral yang patut dijadikan subjek penting,bukan subjek tambahan yang lebih bersifat pengetahuan am.Mungkin pengisian dan pendekatan subjek agama islam perlu dirombak untuk disesuaikan dengan cabaran masa kini.Subjek agama islam perlu lebih dari sekadar mengajar murid menghafal doa hendak makan atau doa masuk dan keluar tandas.Pengajaran dan pembelajaran agama isla mesti mengandungi perkara2 yang dapat membentuk insan mulia.Menerusi subjek ini hukum-hakam agama tentu sekali termasuk zina boleh diajarkan secara mendalam kepada pelajar.Nilai2 murni manusia boleh diterapkan menerusi subjek ini.Tidak sahaja memberi kefahaman tentang seks,subjek agama islam sepatutnya dapat membantu mengatasi masalah disiplin sekolah.Pelajar sanggup berkurang ajar dengan guru sebab kita gagal menerapkan nilai2 insaniah di jiwa pelajar.Pendidikan islam perlu diajar dan diamalkan secara serius di sekolah.Ini lebih perlu dan lebih mendesak daripada mewujudkan pendidikan seks sebagai salah satu subjek di sekolah.Ajarlah mereka islam yang sebenar,sebab islam akan memahamkan mereka mengenai semua perkara.

Wednesday, April 14, 2010

Luahan Hati Seorang Pejuang

alhamdulillah,sekarang masih lagi diberi keizinan memandang dunia ciptaannya,Diri ini sudahpun menjangkau hampir 24 tahun menempuhi kehidupan mehnah & tribulasi yang datang menguji diri ini...mehnah yang ditelan sepahit-pahitnya walaupun ia tidak sepahit kisah perjuangan para rasul & sahabat.Adakalanya ia menjadikan diri ini seorang yang lebih memahami & matang. Kadangkala ia pernah membuatkan diri ini tewas dalam tangisan ....adakalanya ia dijadikan sebagai pengajaran & tauladan.Diri ini seorang insan yang sentiasa berfikir....Diri ini sentiasa menyimpulkan setiap apa yang berlaku..diri ini sering berfikir tentang sepanjang perjalanan kehidupan manusia..sesungguhnya allah maha menguji setiap hambanya...mehnahku sebagai remaja dan pelajar...Insan yang bergelar "mujahidah timur" tidak akan gentar dalam perjuangannya...Diri ini sentiasa tercari-cari kehidupan yang hakiki.... insan yang ilmunya masih cetek yang sentiasa berkobar-kobar mencari jalan yang benar..insan yang sentiasa berusaha bergerak dalam medan perjuangan..insan yang sentiasa ditarbiah dalam pentarbiyahannya.Diri ini sekali lagi menangis kerana adakalanya tersungkur dalam medan perjuangan...tangisannya tidak beerti dia kalah,tangisannya adalah bicara dengan "Rabul Izzati" ..iaitu seorang kekasih didalam hati ini...diri ini sentiasa terfikir kenapa setiap manusia banyak ragamnya?...diri ini suka mengupas isu persekitaran kampusku..masih lagi wujud manusia yang samar menyedari hakikat hidup.Mereka sentiasa dibuai keindahan duniawi yang tidak bersifat kekal..diri ini selalu menilai erti kematangan...kerana adanya dikalangan mereka tidak pernah berbicara & bergerak secara matang...pernah diri ini terfikir untuk tidak menjadi insan bersangka buruk dalam persendiriannya...tetapi itulah hakikatnya....


Assalamualaikum...salam perjuangan dari ana dengan iringan blog yang tidak seberapa ini.Ana Berharap kepada antum semua sama-samalah menghayati erti perjuang yan g sebenar.Ana melihat bahawa untuk menjadi seorang mujahidah bukan mudah merangkul status semulia Maryam,Sebijak Aisyah,Setabah Asiah,Sehebat Sumayyah Seanggun akhlah Rabiatul Adawiyah & Setulus Khadijah.Ia perlu di tempuhi dengan pelbagai onak duri liku2 perjuangan yang tidak berkesudahan.Semoga apa yang disimpulkan ini menjadi kekuatan untuk kita semua terutamanya kepada para2 mujahidah yang sedang membawa nama ISLaM.Akhir pengenalan Ana "Berpenatlelahlah di antara kamu didunia ini untuk menjaga AgaMa AllaH,kerana SyurGa iTu MaHal".