Tuesday, April 20, 2010

Membina Generasi Bertamadun

Salam perjuangan kepada sahabat sekalian,kali ini ana mahu menyentuh soal "ketamadunan".Berbicara tentang tamadun mestilah bermula dengan menitik beratkan soal asas yang membina tamadun itu sendiri.Kegemilangan tamadun didasari ajaran melalui "kalamullah" iaitu al-quran (Iqra'-Bacalah) adalah seruan pertama yang disampaikan oleh allah melalui perantaraan jibril kepada Muhammad S.a.w.Membaca juga banyak membuka pintu kegelapan,tetapi bagaimanakah sikap yang harus dibawa ketika membaca?


GENERASI TERDAHULU   

Semasa pemerintahan khalifah Al-Makmun beliau pernah bertanyakan kepada seorang ilmuwan (ilmu sains) pada zamannya "berapa banyakkah keluasan bumi yang berada dibawah pemerintahan beliau? dengan kata lain berapa luaskah sebenar dunia ini? Pertanyaan ini dituju kerana mengetahui beberapa golongan yang sudah mnerima dakwah islam.Al-quran telah membentuk jiwa khalifah islam terhadap penguasaan ilmu.Bagaimana al-quran membawa manusia kepada persoalan berfikir dengan menyediakan alat terbaik untuk berfikir melaui kenapa?,mengapa?.

SERUAN KEPADA KERAJAAN!!! 

Jika mahu menceritakan semua tentang ketinggian tamadun islam,bagaimana ia membentuk manusia berilmuu lagi bertamadun.Artikel seringkas tidaklah memadai,tetapi cukuplah bagi membentuk asas berfikir kepada kerajaan,bahawa pemaksaan terhadap isu bahasa sangat membawa implikasi yang besar terhadap rakyat.Saya tidak  memandang rendah terhadap rakyat malaysia,tetapi sebagai manusia,sebuah kerajaan perlu meraikan majoriti golongan rakyatnya,bukannya untuk segelintir golongan tertentu.Rugilah kiranya kita membunuh jiwa yang bersih ini dalam menggapai ilmu denagn membiarkan mereka terus kecewa dengan kegagalan yang dinamakan bahasa inggeris ini.