Monday, April 19, 2010

Pendidikan Seks Bukan Pencegah Maksiat

Salam perjuangan kepada sahabiat sekalian,di sini ana mahu kongsi satu pernyataan untuk pemikiran kita secara bersama.Suka ana mengulas tentang "pendidikan seks" yang makin hangat diperkatakan adalah satu jalan penyelesaian.Apa yang lebih perlu diberi perhatian ialah pendidikan agama islam atau pendidikan moral yang patut dijadikan subjek penting,bukan subjek tambahan yang lebih bersifat pengetahuan am.Mungkin pengisian dan pendekatan subjek agama islam perlu dirombak untuk disesuaikan dengan cabaran masa kini.Subjek agama islam perlu lebih dari sekadar mengajar murid menghafal doa hendak makan atau doa masuk dan keluar tandas.Pengajaran dan pembelajaran agama isla mesti mengandungi perkara2 yang dapat membentuk insan mulia.Menerusi subjek ini hukum-hakam agama tentu sekali termasuk zina boleh diajarkan secara mendalam kepada pelajar.Nilai2 murni manusia boleh diterapkan menerusi subjek ini.Tidak sahaja memberi kefahaman tentang seks,subjek agama islam sepatutnya dapat membantu mengatasi masalah disiplin sekolah.Pelajar sanggup berkurang ajar dengan guru sebab kita gagal menerapkan nilai2 insaniah di jiwa pelajar.Pendidikan islam perlu diajar dan diamalkan secara serius di sekolah.Ini lebih perlu dan lebih mendesak daripada mewujudkan pendidikan seks sebagai salah satu subjek di sekolah.Ajarlah mereka islam yang sebenar,sebab islam akan memahamkan mereka mengenai semua perkara.