Wednesday, April 14, 2010

Luahan Hati Seorang Pejuang

alhamdulillah,sekarang masih lagi diberi keizinan memandang dunia ciptaannya,Diri ini sudahpun menjangkau hampir 24 tahun menempuhi kehidupan mehnah & tribulasi yang datang menguji diri ini...mehnah yang ditelan sepahit-pahitnya walaupun ia tidak sepahit kisah perjuangan para rasul & sahabat.Adakalanya ia menjadikan diri ini seorang yang lebih memahami & matang. Kadangkala ia pernah membuatkan diri ini tewas dalam tangisan ....adakalanya ia dijadikan sebagai pengajaran & tauladan.Diri ini seorang insan yang sentiasa berfikir....Diri ini sentiasa menyimpulkan setiap apa yang berlaku..diri ini sering berfikir tentang sepanjang perjalanan kehidupan manusia..sesungguhnya allah maha menguji setiap hambanya...mehnahku sebagai remaja dan pelajar...Insan yang bergelar "mujahidah timur" tidak akan gentar dalam perjuangannya...Diri ini sentiasa tercari-cari kehidupan yang hakiki.... insan yang ilmunya masih cetek yang sentiasa berkobar-kobar mencari jalan yang benar..insan yang sentiasa berusaha bergerak dalam medan perjuangan..insan yang sentiasa ditarbiah dalam pentarbiyahannya.Diri ini sekali lagi menangis kerana adakalanya tersungkur dalam medan perjuangan...tangisannya tidak beerti dia kalah,tangisannya adalah bicara dengan "Rabul Izzati" ..iaitu seorang kekasih didalam hati ini...diri ini sentiasa terfikir kenapa setiap manusia banyak ragamnya?...diri ini suka mengupas isu persekitaran kampusku..masih lagi wujud manusia yang samar menyedari hakikat hidup.Mereka sentiasa dibuai keindahan duniawi yang tidak bersifat kekal..diri ini selalu menilai erti kematangan...kerana adanya dikalangan mereka tidak pernah berbicara & bergerak secara matang...pernah diri ini terfikir untuk tidak menjadi insan bersangka buruk dalam persendiriannya...tetapi itulah hakikatnya....